Monday 14 March 2011

Rindu pada keluarga aku

Hujung minggu, aku merasakan ada benda yang tidak kena, puas aku memikirkan apakan benda yang tidak kena dengan diriku ini. Apakah benda yang terlepas pandang atau terlupa. kedatangan akak aku membuahkan perasaan suka kerana terlalu lama aku menyepi sendiri di rumah. Lantas terdetik bahawa aku merindui family aku Malam menyepi menandakan kedatangan larut malam, akan tetapi aku tidak dapat tidur aku memulakan menulis di komputer aku.hidup ini mula merasa sunyi tanpa family aku.  Pada ketika dahulu rumah ini penuh dgn suasana kekeluaraan akan tetapi senyap diri aku keseorangan.  
Mengeluh berpanjangan aku sepanjang Ahad ini, bila balik ke rumah, salam aku tidak dinyahut dan tidak disambut.  Selalunya bila aku balik, ada orang menyahut salam serta menyambut tambah lagi goreng pisang atau ubi kayu masakan ibuku untuk makanan petang.  Rasa sedih di hati ini melihat kesunyian mula menyelubungi pada hari minggu ini.  
Aku memulakan langkah-langkah semangat dengan menyibukkan diri dengan mengemas, mencuci, memasak, membasuh, semua aku basuh termasuk hamster aku menjerit tidak mahu kena air.  Akan tetapi masa yg dicipta begitu panjang ini sukar diisi, aku masih dibelengu dengan kesunyian.  Kemudian aku cuba memulakan aktiviti-aktiviti melepak bersama-sama kawan-kawan tetapi hanya sekejap membawa erti malah mengurangkan sen di poket aku sendiri.  Jelas hidup bersama keluarga ini memeng bererti.  
Memegang telefon dengan hati yg penuh erti dan merindui, aku menelefon orang yang jauh dan disayangi.  Sungguh lega hati ini apabila mendengar suara ibuku di shah alam.  Hanya gelak dan tawa perbualan itudipenuhi. Ibuku menyuruh, bapaku dalam diam dalam sepi hanya isinya mereka suruh aku bekeluarga dan mereka hendak cucu.  Kelakar rasanya.  Insya Allah. 
Lantas cerita yang aku karang ini macam pantun pula dan ia bukan puisi pun.  Malam yang indah ini aku cuba menidurkan diri.  Tidak dapat tido lantas meraba kepala botak aku ini.  Tidak apa esok kerja mulakan aktiviti, jangan kawan ku gelak baca cerita aku ini.  Supportlah sedikit, kawan korang ini cuma merindui..

Saturday 5 March 2011

Sabar menghadapi dugaan

Hari ni di usrah, belajar mnegenai sabar. sesuatu yg senang disebut, tapi sangat susah utk dilaksanakan. Dalam kehidupan kita seharian, mmg tidak akan lari dari dugaan2. samada kecil mahupun besar. musibah, kesempitan, kesedihan, kesakitan.
Bagaimana reaksi kita??? Sesungguhnya hendaklah kita bersabar menghadapi semua dugaan ini, kerana disebalik sabar itu ada ganjaran syurga yg menanti. mudahan dapatlah kita semua mendidik hati kita utk bersabar. latihlah utk bersabar.



1. Tidak Semua Musibah Bererti Kemurkaan Allah

Wahai Ukhti Muslimah, musibah menurut Islam mempunyai makna serta pengertian yang luas. Tidak setiap musibah bererti kemurkaan daripada Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian daripada Allah. Ini terserah kepada sejauhmana keimanan manusia menerimanya, betulkah ia seorang mukmin sejati atau hanya beriman di mulut sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Ayat tersebut bermaksud memberi penjelasan atas tanggapan salah sebahagian manusia bahawa mereka cukup dengan hanya berkata dimulut tentang keimanan mereka. Padahal pengakuan mulut itu bukanlah satu bukti bagi keimanan seseorang, tetapi mestilah melalui cubaan atau ujian. Umat-umat yang dahulupun telah dicuba Allah dengan pelbagai bentuk ujian, maka ketika itulah baru jelas siapa yang berkata bohong dan yang berkata benar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" (Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala." (HR. Muslim)

Wahai Ukhti Muslimah, kadangkala musibah yang menimpa seseorang itu adalah amaran jika ia melakukan dosa, supaya ia tidak berterusan dalam kemaksiatannya, sedar dan insaf seterusnya kembali kepada ajaran Islam, yakni patuh kepada Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami timpakan ke atas mereka penderitaan dan kemelaratan supaya mereka merendah diri." (Al-An'am: 42)

Ayat-ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelum umat Muhammad, tapi mereka tidak mengendahkan seruan para Rasul itu. Maka Allah SWT menimpa kesusahan dan kesengsaraan ke atas mereka, supaya mereka insaf dan menyedari kesilapan mereka dan kembali kepada Allah SWT. Jadi musibah yang menimpa mereka itu bukanlah seksaan semata-mata tapi ia adalah amaran atau peringatan agar mereka jangan berterusan dalam dosa yang mereka lakukan.

2. Ujian Penghapus Dosa

Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah." (HR. Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tinkat imannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujain demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebab walau bagaimanapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun kecil".

Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang bersabar ketika menimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Jika Au menguji hambaKu (membutakan) kedua-dua matanya, lalu ia sabar maka Aku akan mengantikan baginya gengan syurga". (HR. Bukhari)

Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Wahai Ukhti Muslimah, terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:

* Beroleh ampunan dari Allah
* Beroleh rahmat dari Allah
* Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hinnga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim)

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa kerana didalamnya terkandung pengakuan yang penting terhadap dua hal:

> Pengakuan diri sendiri, anak, suami, isteri dan seluruh harta adalah milik Allah SWT. Seseorang tidak memiliki semuanya itu melainkan atas dasr amanah yang diberikan kepadanya oleh Allah SWT.

> Akhir semua manusia adalah kepada Allah SWT samada cepat atau lambat, yang pasti manusia diciptakan ia tidak mempunyai apa-apa, tiada keluarga dan harta. Maka seperti itu jugalah kelak ketika manusia bertemu dengan Tuhannya. Jika ada yang mendampinginnya, maka itu adalah amalnya ketika di dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kamu datang menemui Kami bersendirian sebagaimana Kami ciptakan kamu juga sendiri-sendiri dan kurnia yang Kami berikan itu akan tinggal di dunia." (Al-An'am: 94)